Nadi X Cybersecurity: Webinar Bagaimana Akaun Bank Anda Di Curi Tanpa Sedar
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 Mei 2026 bersamaan hari Khamis, Webinar Bagaimana Akaun Bank Anda di Curi Tanpa Sedar telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa, khususnya berkaitan penipuan dalam talian dan kaedah yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan daripada disalahgunakan.
Aktiviti Utama:
1.Teknik licik scammer terkini
2.Cara akaun bank digodam
3.Langkah mudah untuk lindungi diri & keluarga
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberikan pendedahan yang jelas dan bermanfaat kepada peserta mengenai ancaman penipuan siber serta risiko keselamatan yang boleh menyebabkan akaun bank dicuri tanpa disedari. Peserta dapat memahami teknik-teknik yang digunakan oleh scammer, mengenal pasti kaedah penggodaman yang sering berlaku dan mempelajari langkah-langkah pencegahan yang berkesan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran serta pengetahuan peserta dalam melindungi diri, keluarga dan aset kewangan daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: